SELAMAT DATANG KE CEKCIBOBOMBA.BLOGSPOT.COM

Ributnya diri..

8:01 PM / Posted by kerul /

Kehidupan adalah satu ujian untuk hambaNya.. bahagia mahupun sengsara, itu adalah nikmat kepada insan mukmin.. surah al-Baqarah ayat 286...Maksudnya:
286. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir".
itulah jadi guideline dalam menghadapi dugaan yang datang..namun kadang-kadang ribut juga diri nie..bila diuji serentak dengan pelbagai perkara.. tetapi 'cukuplah Allah bagiku,tidak ada Tuhan selain Allah.Hanya kepadaNya aku bertawakal'...Jadi, hakikatnya, ujian itu mudah bila hati redha padaNya..kerana islam itu adalah agama yang indah.. semuanya terletak pada atas diri sendiri untuk menjadikan kesusahan hidup itu sebagai turning point ke arah yang lebih baik..ayuh DIRI, bangkitlah dari keributan diri..Serahkan ia pada Allah, kerana Dia lebih mengetahui.. "Kesusahan yang berulang adalah akibat daripada sikap dan pemikiran yang masih berada ditempat yang sama" Oleh itu, ia harus diubah dengan semangat yang baru dan niat yang baru..Jadi PERBAHARUI niatmu, kerana Allah SWT..dan senyumlah walaupun dirimu sering disakiti...

Labels:

0 comments:

Post a Comment