SELAMAT DATANG KE CEKCIBOBOMBA.BLOGSPOT.COM

Selamat Hari Guru

11:51 PM / Posted by kerul / comments (0)


Saya sudah lama meninggalkan alam persekolahan tetapi setiap kali tiba 16 Mei pasti terbayang suasana semasa sekolah dahulu. Bagi saya zaman persekolahan merupakan satu lipatan peristiwa yang tidak akan dilupakan. Di sekolah ada murid dan di situ juga ada guru, menimba pengetahuan dan menambur ilmu.

Saya rasa kesemua kita pasti mempunyai guru kerana kita semua melalui proses pendidikan dari kecil sehinggalah dewasa. Walaupun begitu sedarkah kita siapakah guru yang terawal kepada kita semua? Sudah pasti guru pertama kita ialah ibubapa kita sendiri yang membantu kita untuk mengenal dunia ini. Apabila kita melangkah ke alam persekolahan, ibubapa akan terus menjadi guru kita di samping cikgu-cikgu di sekolah.

Kaum keluarga terdekat dan kawan-kawan rapat juga adalah guru-guru kita yang tidak formal. Perangai dan tingkahlaku kita sebenarnya banyak diperahui oleh mereka yang disekeliling kita. Manakala secara formal sudah tentu guru-guru di sekolah dan institut pengajian tinggi. Mereka inilah yang memenuhkan dada dan fikiran kita dengan ilmu pengetahuan.

Dedikasi dan kesungguhan semua guru ini untuk mendidik dan membimbing kita memang patut dihargai. Tanpa mereka siapakah kita hari ini. Terima kasih cikgu!!

Labels:

Selamat Hari Guru

11:49 PM / Posted by kerul / comments (0)

"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

Labels: