SELAMAT DATANG KE CEKCIBOBOMBA.BLOGSPOT.COM

Cara-Cara Nak Kontrol Malu

4:13 AM / Posted by kerul / comments (0)

a. Jika diketawakan rakan ketika tertidur kat opis hingga meleleh air liur basi...terus bangun separuh sedar dan buat-buat kene sawan sambil keluarkan lagi air liur. Gerenti member korang akan panik dan berenti ketawakan orang.

b. Kalau tersilap menyapa orang yang tak dikenali...teruskan menganggap dia kenalah korang dan bagi dia duit kononnya korang pernah berhutang dengannya. Mesti dia pun mengaku korang kenalannya.

c. Jika ditegur orang kerana zip seluar terbuka...jawab je dengan selamba mengatakan ini adalah gaya berfesyen atau katakan bahawa zip itu rosak sambil berfalsafah 'biar rosak zip, jangan rosak akhlak'.

d. Bercakap sorang diri kerana member ketinggalan kat belakang...teruskan bercakap dan ketawa sambil menyumpah member korang tu sensorang. Tentu orang takkan gelakkan kerana menyangka korang ada masalah mental kronik.

e. Tersilap masuk tandas wanita...buat- buat wajah glabah dan cemas sambil berlakon menyatakan tujuan korang masuk kerana nak mencari isteri atau awek korang yang dah sejam tadi tapi tak keluar-keluar lagik.

Labels:

Sin Chan Dan Guru

4:11 AM / Posted by kerul / comments (0)

Guru : Kenapa awak lambat?
Sin Chan: Kerana sebuah papan tanda.
Guru: Papan tanda mana ?
Sin Chan: Yang ada tulisan, "Sekolah di hadapan, jalan pelahan."

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-

Guru: Sin Chan, Macam mana awak eja perkataan "BUAYA"?
Sin Chan: "B-O-O-W-A-Y-A"
Guru: Bukan, Salah tu.
Sin Chan: Mungkin itu salah , tapi Cikgu tanya saya macam mana saya mengeja nya, itu lah yang saya eja !

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Guru: Apakah formula untuk air?
Sin Chan: "HIJKLMNO"!!
Guru: Apa yang awak cakap tu?
Sin Chan: Kan kelmarin Cikgu kata H to O!

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Guru: Sin Chan, Pergi ke Peta Dunia tu, cari dan tunjuk mana Amerika Utara.
Sin Chan: Di sini Cikgu, Sin Chan menunjukkan tepat kat Peta dunia yang tergantung kat hadapan kelas!
Guru: Betul. Sekarang, Kelas, Beritahu saya siapa yang jumpa Amerika Utara?
Kelas: Sin Chan Cikgu!

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-

Guru: Sin Chan, beritahu satu perkara penting yang kita tak ada 10 tahun dulu.
Sin Chan: Saya Cikgu!

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Guru: Bagaimana kita boleh mengelak penyakit yang di sebabkan oleh gigitan serangga?
Sin Chan: Jangan kena gigit serangga.

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-**-*-*-*-*

Guru: "Boleh tak sesiapa beritahu saya perkara yang kamu tahu berlaku secara kebetulan?"
Sin Chan: "Cikgu, Ibu dan Bapa saya berkahwin pada hari yang sama,pada masa yang sama dan juga pada waktu yang sama."

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Guru: Sin Chan, aneh sungguh stokin yang awak pakai ni, satu warna hijau berbintik hitam dan satu lagi berwarna merah berbintik biru. !
Sin Chan: Ya betul Cikgu, memang nampak aneh, saya pun hairan kerana terdapat sepasang lagi dengan warna yang sama kat rumah .

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Guru: Sekarang, Sin Chan, Sebetulnya beritahu saya dengan jujur adakah awak berdoa sebelum makan?
Sin Chan: Tidak Cikgu , Saya tak perlu buat begitu, kerana saya tahu ibu saya adalah seorang tukang masak yang bagus.

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Guru: Sin Chan, Karangan awak "Anjing saya" adalah sama seperti yang di karang oleh Adik awak. Adakah awak meniru kerja dia?
Sin Chan: Tidak Cikgu, ia hanya lah anjing yang sama!

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Guru: Siapakah orang yang kita panggil yang tak henti henti bercakap tetapi orang tak berminat nak dengar?
Sin Chan: Seorang Guru, Cikgu!

Cara Menjawab Telefon Yang Betul

4:07 AM / Posted by kerul / comments (0)

1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: maap.sini bukan balai polis.

2. Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..

3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.

5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

6. Soalan: haloo timah, buat ape tu?
Jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..

7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye... time kacih.

8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap

9. Soalan: halloo......
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?

10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.

11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.

12. Soalan: assalammualaikum...
Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib jawab)