Salam tautan ukhuwah.. Salam segala salam :)
Pada kali ini laman sesawang tanaksada.blogspot ingin berkongsi satu lagi aplikasi wajib yang seharusnya dimiliki oleh setiap empunya laptop atau PC, khususnya yang bergelar seorang Muslim. Bagi non Muslim, anda juga amat-amat digalakkan untuk memilikinya. Klik link dibawah untuk download aplikasi AL-Quran Digital
http://rapidshare.com/files/152722023/AlQuranDigital21.exe.html
Bagi aplikasi Al-Quran Digital ini, rasanya tidak perlu untuk saya sertakan dengan panduan penggunaan kerana ianya amat mudah untuk digunakan. Lebih mudah daripada bermain DotA, Cs dan yang sewaktu dengannya.
Moga bermanafaat ^_^
Hak cipta hanya milik Allah S.W.T
Salam tautan ukhuwah.. Salam segala salam :)
Laman sesawang tanaksada.blogspot kali ini ingin berkongsi kepada sahabat-sahabat maya sekalian Aplikasi Waktu Solat yang bisa menjadi rujukan serta mengingatkan kita ketika telah maksuk waktu solat. Aplikasi ini boleh didownload dan diinstall terus ke laptop atau PC anda.
Sila klik link ini untuk download
http://rapidshare.com/files/152717706/setup_waktu_solat_13.exe.html
Salam tautan ukhuwwah
Lautan kesyukuran saya panjatkan kehadrat Maha Kuasa yang seandainya 7 lautan dijadikan dakwat dan seluruh hutan belantara dijadikan pena , nescaya tidak akan cukup untuk menulis segenap khazanah nikmat dan ilmuNya.
Bersyukur juga ke atas segala nikmatNya, dapat juga saya mencoretkan sesuatu pada kali ini untuk manafaat kita semua InsyaAllah..
Setelah mendapat permintaan daripada beberapa orang sahabat, maka di sini saya telah menyediakan link untuk mendownload aplikasi Tulisan jawi yang boleh digunakan untuk menyiapkan assignment yang memerlukan anda menggunakan tulisan jawi dengan aplikasi yang mudah dan cepat.
Untuk mendownload aplikasi sila klik
http://rapidshare.com/files/152688644/jawi.exe.html
untuk manual penggunaan sila klik
http://rapidshare.com/files/152715719/manual_tulisan_jawi.txt.html
Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas - positif dan negative, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.
Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu, cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.
Berkaitan solat berjamaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa islam mensyariatkan solat berjamaah dan mengapa solat lima waktu yag didirikan orang islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.
Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjamaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjamaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jamaah lain yang berada di kiri atau kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negative atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.
Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan berasa segar dan sihat setelah berehat beberapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negative yang hampir seimbang. Jadi, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu solat subuh didirikan hanya dua rakaat.
Seterusnya setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas yang banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat berjamaah yang disyariatakan islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu solat Zohor didirikan empat rakaat untuk member ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh. Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga yang dikeluarkan ketika kita menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, empat rakaat solat Asar yang dikerjakan akan member ruang kepada proses pertukaran cas denga lebih lama.
Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak mengggunakan tenaga. Masa ya g diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak tiga rakaat adalah sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding dua rakaat sebelumnya.
Timbul persoalan di fikiran beliau tentang solat Isyak yang mengandungi empat rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.
Setelah kajian lanjut, terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan empat rakaat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat islam amat digalakkan menunaikan solat-solat sunat, terutamanya solat Tahajud. Oleh itu, kita digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak empat rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam.
Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa islam adalah agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat islam itu sendiri. Beliau merasakan begitu kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya dengan hidayah Allah beliau memeluk agama islam.
Sama-sama kita menunaikan solat secara berjamaah walau di mana kita berada.
"PERINGATAN MEMBAWA PERUBAHAN"
Aku sering membuat dosa
sering melakukan kesalahan
sekalipun aku sudah mencuba
untuk menolaknya wahai TUHAN
dengan rahmat-MU
Engkau ampunkanlah
seluruh dosa-dosaku
jangan biarkan
aku terumbang-ambing
dan tenggelam dengan dosa
aku inikan hamba-MU
aku ibarat boneka
yang ENGKAU cipta
jangan ENGKAU biarkan aku
tanpa pimpinan
aku akan tersesat jalan
kalau ENGKAU biarkan aku
dengan dosa dan noda
kalau ENGKAU tinggalkan aku
dengan kesalahan
SEGALA YANG KUMILIKI
TIADA ERTI APA-APA
1.Berikan al-Quran pada seseorang,dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah.
2.Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah.
3.Berkongsi bahan bacaan yang membangun dengan seseorang.
4.Bantu mendidik seorang anak.
5.Ajarkan seseorang sebuah doa. Pada setiap bacaan doa itu, anda dapat hasanah.
6.Berkongsi CD Quran atau Doa.
7.Terlibat dalam pembangunan sebuah masjid.
8.Tempatkan pendingin air di tempat umum.
9.Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah.
10.Sampaikan ilmu kepada orang lain..
1) Menunjukkan tanda bahawa seseorang itu tunduk kepada Allah s.w.t. dan merupakan puncak kebahagiaan seseorang hamba di dunia dan di akhirat.
2) Dapat menangkis serangan anak-anak panah iblis yang sangat panas lagi beracun, yang mana boleh menyebabkan kehancuran.
3) Dapat menghiasi hati dengan sinaran cahaya, melenyapkan kegelapan yang terdapat pada wajah dan anggota badan.
4) Membersihkan hati dari akibat sedih.Orang yang tidak mahu menundukkan pandangannya maka akan kekallah ia dalam kesusahan.
5) Mewariskan firasat yang sihat dan benar yang dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk.
6) Membuka pintu pengetahuan, iman dan ma;rifat kepada Allah s.w.t. serta hokum-hakamnya.
7) Menundukkan pandangan dapat mewariskan keteguhan dan keberanian.
8) Mewariskan hati dengan kesenangan dan kebahagiaan yang sangat indah.
9) Dapat menyucikan hati dan syahwat yang tersembunyi, maka itulah yang dikatakan tawanan hawa nafsu.
10) Dapat membebaskan hati dah fikiran yang selalu merumitkan, sedangkan bagi mereka yang tidak mahu menundukkan pandangan, fikiran mereka akan hanyut dengan angan-angan yang tinggi.
11) Menguatkan dan meningkatkan daya fikiran.Sedangkan mereka yang tidak mahu, tidak dapat apa-apa hasil kecuali hilang sikap waspada terhadap ahibat-akibat buruk yang akan berlaku.
12) Menundukkan pandangan dapat membebaskan hati dari gila syahwat dan menghilangkan sifat lalai. Sebaliknya bagi mereka yang tidak mahu menundukkan pandangan akan membuatkan dia melupakan Allah dan kampung (alam) akhirat.
yang pertama :
ajal- kita tidak tahu bila kita akan mati dan berapa lama nyawa yang kita ada..
yang kedua :
rezeki- kita tidak dapat jangka..bila-bila masa sahaja kalau TUHAN nak beri ada yang sedikit...kira bsyukurlah...dan tiba-tiba ada yang jadi kaya-raya...bukan setakat kaya harta benda tapi dari segi kebahagiaan family dan lain-lain juga...
yang ketiga :
jodoh : bukan setakat jodoh dengan suami atau isteri sahaja tetapi banyak lagig...dalam hidup kita, jodoh kita bertemu dengan orang-orang yang sebelumnya kita tidak pernah sangka akan jumpa...rakan-rakan kita atau kita tidak pernah membayangkan yang kita akan jumpa dengan orang-orang yang berada disekeliling diri kita saat ni.
SEBABNYA...
KITA NI CUMA MANUSIA BIASA TIDAK ADA SUPERNATURAL POWER, JADI....
BERSYUKURLAH dengan setiap pemberian dariNYA...tak perlu sombong, angkuh, tinggi diri, bongkak dan sebagainya...kerana bila2 masa semua nikmat 2 bisa ditarik dari kita....
Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan daripada manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang da’ie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna. Sifat-sifat yang perlu ada pada diri ialah:
1) Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)
Dakwah adalah berat pada tanggungjawab dan tugasnya, maka di sini perlunya seorang da’ie itu tubuh badan yang sihat dan kuat. Rasulullah saw menitikberatkan soal ini, sabdanya:
"Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan."
Kita juga hendaklah sentiasa memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak memakan atau minum suatu yang boleh dan diketahui merosakkan badan.
2) Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)
Akhlak kita ialah Al-Quran dan ianya terserlah pada diri Nabi saw. Telah dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan seorang da’ie iaitu bersifat sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatannya, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain.
3) Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)
Seorang da’ie perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain perihalnya di samping perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis serta ulama’ yang thiqah. Pesan Imam Banna:
"Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi."
Selain itu, seorang da’ie perlu mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, sentiasa mempelajari sirah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.
4) Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)
Seorang da’ie walaupun kaya, perlu bekerja. Dia juga tidak boleh terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan. Dalam keadaan tertentu, meletakkan jawatan dan meninggalkan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan yang diterima. Selain itu, dia hendaklah sentiasa melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan). Dalam soal kewangan, menjauhi riba dalam semua lapangan, menyimpan untuk waktu kesempitan, menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran dan memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam adalah beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan.
5) Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)
Seorang da’ie semestinya redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad saw sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir. Sentiasalah muraqabah kepada Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir. Di samping itu, jangan dilupakan tugas menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.
6) Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)
Seorang da’ie perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya, perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram dan tidak melampau atau berkurang (pertengahan) atau dengan kata lainnya bersederhana dalam setiap urusan dalam kehidupannya.
7) Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)
Seorang da’ie perlu mempunyai azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam di samping tidak menghiraukan apa orang lain kata dalam mempraktikkan Islam yang sebenarnya. Perlulah diingatkan bahawa dai'e mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.
8) Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)
Sentiasa beringat bahawa waktu, nilainya lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula. Mengimbau kembali sejarah di zaman dahulu, para sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.
9) Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)
Untuk manfaatkan waktu dengan baik, maka timbulnya keperluan kepada penyusunan dalam segala urusan. Gunakanlah segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.
10) Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)
Da'ie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh jalan orang lain. Da'ie adalah penggerak kepada dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup dan terkuburnya Islam bergantung kepada da’ie. Amal Islam seorang da’ie ialah untuk menyelamatkan orang lain daripada kesesatan. Da'ie akan sentiasa merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.
1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW di mana Rasulullah SAW telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.
Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam peperiksaan. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Al-Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan.Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih bimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.
Cukuplah dengan contoh-contoh itu. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.
Salam Perjuangan.
SEBAGAI manusia sering diuji dengan pelbagai cabaran dalam kehidupan seperti sakit, kesusahan hidup dan kematian, ketabahan manusia menghadapi ujian Allah banyak bergantung kepada keimanan seseorang.
Allah SWT berfirman bermaksud,
“Kamu sekalian Kami uji dengan keadaan serba ketakutan, lapar dan serba kekurangan, baik mengenai harta, jiwa, mahupun mengenai hasil tanaman, dan buah-buahan, gembiralah orang yang sabar, tidak ditimpa sesuatu musibah, mereka (berserah diri kepada Allah) dengan mengucapkan: kami kepunyaan Allah dan kepada-Nya kami kembali.” (Al-Baqarah: 156).
Ayat ini jelas menunjukkan kehidupan manusia itu sentiasa diuji dengan pelbagai cubaan. Ujian ini bertujuan melihat kesabaran pada hamba-Nya.
Firman Allah bermaksud,
“Hai orang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sesungguhnya takwa.” (Surah Ali Imran:102).
Selanjutnya Allah berfirman bermaksud,
“Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah memberi kepadanya jalan keluar (dari segala kesukaran) dan diberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka.” (Riwayat Surah Ath Thalaq:2-3).
Setiap ujian dan dugaan dalam kehidupan akan mendidik seseorang itu menjadi manusia sejati iaitu beriman, bertakwa, serta meneruskan tujuan hidup mencari keredaan Allah.
Kehidupan jangan tersasar dan mesti mengikut Rasulullah SAW dalam segala bidang. Baik yang berhubung dengan Allah mahupun berhubungan dengan sesama manusia. Hal ini sesuai dengan firman Allah bermaksud,
“Tidak ada manusia yang paling mulia di sisi Allah melainkan yang benar-benar takwa kepada Allah.” (Al-Hujarat:13)
Dalam hal kesabaran Nabi SAW mengingatkan dalam sabdanya bermaksud,
“Sabar yang sebenarnya pada saat bermula tertimpa musibah.” (Riwayat Al Bukhari).
Sementara Hukamak pernah berkata, “Apabila seseorang itu reda menerima apa-apa yang dikurniakan oleh Allah kepadanya, maka dia akan menjadi orang terkaya di dunia.” Oleh itu, reda dan sabar adalah kekuatan yang ada dalam diri seseorang dalam menghadapi ujian dan musibah.
Seterusnya, Nabi SAW bersabda bermaksud,
“Tidak ada suatu rezeki yang Allah berikan kepada seorang hamba yang lebih luas baginya daripada sabar.” (Riwayat Al-Hakim).
Ada pepatah mengatakan kesempurnaan hidup terletak pada tiga perkara, iaitu pandai menahan hati dalam menjunjung agama, sabar ketika ditimpa musibah dan pandai mengatur belanja.
Sementara itu, ahli Tasauf Hassan Basri menyatakan, “Barang siapa tidak ada adab bererti tidak ada ilmu. Barang siapa tidak ada kesabaran, bererti ia tidak ada agama. Barang siapa tidak ada sifat warak, bererti ia tidak dekat dengan Tuhannya.”
Sifat sabar sangat penting dalam kehidupan. Kata-kata ini boleh dijadikan renungan “Sabar terhadap teman yang menyakitkan lebih baik daripada mencacinya. Mencaci adalah lebih daripada memutuskan silaturahim dan memutuskan silaturahim adalah lebih baik daripada berkelahi”.
Dalam kehidupan tidak ada seorang pun yang terlepas daripada kesedihan dan tidak seorang manusia pun yang terhindar daripada kesusahan. Oleh itu, bersabar menghadapi musibah.
Dr Aidh Abdullah Al-Qarni mengatakan, “Setiap musibah yang menimpa dirimu misalnya kesedihan, kesusahan, kelaparan, kemiskinan, penyakit, hutang dan musibah lain, Allah akan memberi pahalanya kepada anda jika anda bersabar.”
Percayalah dunia ini adalah tempat ujian dan cubaan. Semuanya ini adalah ke arah mencari reda Allah. Oleh itu, kita digalakkan meminta pertolongan hanya kepada Allah.
Sebagai ibu bapa, seseorang itu mesti bersabar menghadapi kerenah anak yang sedang membesar. Semua kebahagiaan terletak pada kesabaran ibu bapa yang menentukan sama ada bahagia atau sebaliknya dalam rumah tangga.
Dalam kehidupan, kita tidak berjaya mendapatkan apa yang kita sukai, melainkan kita bersabar pada perkara yang kita tidak senangi.
Sesungguhnya, sifat sabar dapat memaafkan kesalahan orang lain dan juga tabah menjadikan hati tenang, fikiran dan perasaan sanggup menahan penderitaan dihadapi dalam kehidupan penuh pancaroba.
Diantara Rahsia Perintah Tidur Di Atas sisi Badan Sebelah Kanan
إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ فَتَوَضَّأ وُضُوءَكَ لِلصَّلاَةِ، ثُمَّ اضْطَجِعْ عَلَى شِقِّكَ الأَيْمَنِ
"Apabila kamu hendak tidur, berwudhulah (dengan sempurna) seperti kamu berwudhu untuk shalat, kemudian berbaringlah di atas sisi tubuhmu yang kanan!" (Muttafaq ‘alaihi)
Dalam hadits ini, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengarahkan manusia agar tidur berbaring di atas sisi sebelah kanan tubuhnya. Kemudian (setelah sekian abad berlalu), ilmu pengetahuan datang mengungkap manfaat-manfaat di balik perintah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tersebut.
Majalah Times mempublikasikan hasil kajian yang menunjukkan peningkatan angka kematian pada anak-anak yang tidur telungkup di atas perut mereka. Seorang peneliti berkebangsaan Australia memperhatikan adanya peningkatan angka kematian pada anak-anak ketika mereka tidur telungkup di atas perut mereka.
Adapun tidur terlentang di atas punggung, maka tidur seperti ini menyebabkan pernafasan mulut. Sementara tidur berbaring di atas sisi tubuh sebelah kiri, juga tidak dapat diterima, karena pada posisi tidur seperti ini, jantung berada di bawah tekanan paru-paru kanan yang lebih besar dari paru-paru kiri. Dengan demikian dapat disimpulkan bahwa posisi tidur berbaring di atas sisi sebelah kanan tubuh adalah posisi tidur yang benar.
(Sumber : 100 Mukjizat Islam, karya Yusuf Ali al-Jasir, Pustaka Darul Haq)
TRACKS:-
01.Aznil & Din Beramboi - Drama Sebabak Awal Ashaari
02.Aznil & Din Beramboi - Drama Sebabak Azhar Sulaiman
03.Aznil & Din Beramboi - Drama Sebabak Dynaz
04.Aznil & Din Beramboi - Drama Sebabak Farah AF2
05.Aznil & Din Beramboi - Drama Sebabak Fasha Sanda
06.Aznil & Din Beramboi - Drama Sebabak Ifa Raziah
07.Aznil & Din Beramboi - Drama Sebabak Mawi
08.Aznil & Din Beramboi - Drama Sebabak Misha Omar
09.Aznil & Din Beramboi - Drama Sebabak Sharifah Shahira
10.Aznil & Din Beramboi - Drama Sebabak Ziana Zain Labels: Drama