SELAMAT DATANG KE CEKCIBOBOMBA.BLOGSPOT.COM

KENANGAN BOLA BALING

8:02 PM / Posted by kerul / comments (0)



KENANGAN BERSAMA PASUKAN BOLA BALING SK TEMIN


SK Temin Menjadi johan bola baling peringkat Zon Sungai Siput(u)



Naib Johan Daerah Kuala Kangsar





Labels:

PEMANDANGAN SAWAH MAK AYAHKU

7:26 PM / Posted by kerul / comments (0)

Ni bendang belakang rumah aku, Cantikkan




Dari aku kecil hingga lah berjanggut, bendang ni la yang telah banyak memberi jasa kepada kami sekeluarga. Hambamu bersyukur kehadrat ALLAH SWT kerana limpah rezeki yang Engkau berikan.

Labels:

10 TANDA-TANDA HARI KIAMAT

7:02 PM / Posted by kerul / comments (0)


Adakah tanda-tanda itu sudah berlaku...

Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata,

Sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya,

"Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?"

Lalu kami menjawab,

"Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat."

Sabda Rasulullah S.A.W.

"Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-

Asap

Dajjal

Binatang melata di bumi

Terbitnya matahari sebelah barat

Turunnya Nabi Isa A.S

Keluarnya Yakjuj dan Makjuj

Gerhana di timur

Gerhana di barat

Gerhana di jazirah Arab

Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.

Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.

Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa sahaja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'.

Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S. Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.

Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W.

Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.

Rasulullah S.A.W telah bersabda,

"Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"

Jika kita perhatikan kini memang benar:

Ghibah merata-rata (memperburuk-burukkan, memfitnah orang juga meleluasa kini)

Riba meluas tanpa kawalan (shark loan, pinjaman segera, pembelian kereta, rumah dll, bank bersistem riba, termasuk berbagai jenis loan yang "diislamkan" dari luarannya. hatta "study loan" pun)

Anak zina bertambah (malah pasangan berzina berbangga dengan perbuatan zina dan anak zinanya).

Orang kaya diagung-agungkan (sampai cium tangan dan merayu)

Orang fasik bersuara lantang di Masjid (sampaikan pelanggan tetap 4d pun dikhabarkan dilantik sebagai AJK Masjid)

Ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq (bercakap tentang islam walaupun tanpa ilmu)

Berkata Ali bin Abi Talib,

Akan datang di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, Al-Qur'an hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."

Jika kita perhatikan:

      • Semakin ramai umat Islam yang tidak menghargai nikmat agamanya sehingga mengabaikan suruhan dan perintahNya sampaikan mengucap pun ada yang tidak tahu.
      • Al Quran hanya untuk alunan merdu serta hiasan dan bukan untuk diamalkan dan dihayati. (Paling sedih ada juga sanggup pula menghina Al Quran).
      • Masjid berdiri megah dengan hiasan yang berkilauan hanya untuk pelancongan dan berbangga tidak untuk dimakmurkan.
      • Ulama dihina dan difitnah oleh orang yang dianggap ulama juga.

Sabda Rasulullah S.A.W lagi,

"Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, orang dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat."

TANDA-TANDA KIAMAT KECIL


Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a., katanya,

"Rasulullah s. a. w. telah bersabda:

"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat. "Baginda menyebutkan salah satu di antaranya : Penaklukan Baitulmuqaddis."

- Sahih Bukhari,

Zina bermaharajalela.

"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.”

Bermaharajalela alat muzik., tanah runtuh dan perubahan muka

"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab;"Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita”

- Ibnu Majah

Menghias masjid dan membanggakannya.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid”

- Riwayat Nasai.

Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.

"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga."

-Riwayat Ahmad dan Hakim

Ramai orang soleh meninggal dunia.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran.

- Riwayat Ahmad

Orang hina mendapat kedudukan terhormat.

"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia"

-Riwayat Thabrani

Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

"Sesungguhnya diantara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja."

- Riwayat Ahmad

Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

Bulan sabit kelihatan besar.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit."

Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.

"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu”

- Sahih Muslim

Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.

"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar"

- Riwayat Ahmad

Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai."

PENGAJARAN

Segala apa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. itu adalah benar belaka janganlah disangsikan dan ragu-ragu.

Sekiranya kita menghayati apa yang tersirat pada kisah di atas memang kebanyakannya telah berlaku kini.

Tak perlu Nostradamus' Prediction untuk kita jadikan panduan atau ikutan seperti orang kafir atau menunggu hasil kajian saintifik tentang amalan dan sunnah Rasullullah s.a.w.

Percayalah seyakin-yakinnya dan amalkan

-Wallahualam-


Labels:

HITEA TAHUN 6 DI HOTEL EXCELSIOR

4:48 PM / Posted by kerul / comments (0)

Meraikan budak-budak yang dapat 5A UPSR 2008








































2 Orang ni la anak angkat kesayanganku..














terkejut je rupenye...

Labels:

HARI KELUARGA DI TELUK RUBIAH

3:38 PM / Posted by kerul / comments (0)

Hari keluarga Sekolah Kebangsaan Temin pada 24 dan 25 Disember 2008

main belon ayor

ngah tunggu ape tu?

abis basah...

tiup jangan tak tiup...

Pertandingan BolaTampar, team GB yang juara, memang hebat. Team aku jugak yang leboh, hampeh...

siap ade kolam renang lagi tuk bebudak










Labels:

AHLAN WASAHLAN 1430H

7:32 AM / Posted by kerul / comments (0)

Bismillahirrahmanirrahim, Setahun sudah berlalu, rasanye 1429H baru sahaja menegur diriku ini. Namun , aku mengalu-alukan 1430H ini dengan penuh syukur kerana Allah memberikan aku peluang untuk memperkuat hijrahku dalam tahun yang mulia ini. Sebak rasanye bila mengenangkan memori-memori di tahun 1429H, tapi, lagi sedih apabila mengenangkan dosa-dosaku yang telah aku lakukan antara sedar atau tidak. Pada 1430H ini juga aku ingin menanam azam yang lebih kuat untuk kebaikan diriku , keluarga dan umat. Rasulullah S.A.W sanggup berhijrah bersama para sahabat ke Madinah atas perintah Allah untuk kebaikan ummat. Hijrah baginda S.A.W menjadikan Islam semakin kuat dan semakin lengkap. Para sahabat semakin erat antara Muhajirin dan Ansar sehinggakan tercetusnya kemenangan ke atas Kafir Quraisy dalam peperangan BADAR dengan izin Allah walaupun Islam hanya 330 orang sahabat.

Inilah hijrah yang benar, hijrah melawan nafsu serta ke arah kebaikan umat. Jadi, aku menyeru kepada diriku dan semua rakan-rakan untuk memperkuatkan lagi azam kita yang belum terlaksana.

Semoga dirimu dan diriku diberkati Allah di tahun Hijrah ini.

Sabda Rasulullah yang bermaksud :
"Tiada lagi hijrah sesudah pembukaan kota Makkah, tetapi yang tetap ada ialah jihad dan niat untuk berhijrah (apabila keadaan memaksa) dan apabila dipanggil untuk berjihad (atau sebagainya) hendaklah kamu bersiap sedia."
(Hadis Riwayat Bukhari)

Labels:

TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

7:29 AM / Posted by kerul / comments (0)


According to Hussain Yaacob (1992), Nik Abdul Aziz B. Nik Mat was born in 1931 at Pulau Melaka, a village located about 7 km from Kota Bharu town. His father, the late Tok Guru Haji Nik Mat B. Raja Banjar is a famous Islamic Scholar at that time. The late Haji Nik Mat Alim was the founder for Pulau Melaka Islamic School or Sekolah pondok (hut type school). Haji Nik Mat really serious about his sons Islamic education and this is one of the factor that contributed to the style of leadership perform by Tok Guru Nik Aziz. He trained all his son and daughter about the Islamic knowledge from early days.

Furthermore, Tok guru Nik Aziz also had been sent to learn Islamic knowledge from To Khurasan, one of the most famous ‘Guru’ in Kelantan at that time. Later, Tok Guru Nik Aziz continue his study with a few other Islamic Scholar in Kelantan and Jertih, Terengganu with the late Tuan Guru Haji Abbas Haji Ahmad at Madrasah Ittifaqiah.

After 5 years studied at the school, in 1952 Tok Guru Nik Aziz went to India to further his study at the Deoband Darul Ulum in India. The course at Deoband took about 5 years. From India, Tok Guru Nik Aziz continue his Islamic Education at Al-Azhar University in Cairo, Egypt. There, he took the Arabic Language and Islamic Law as main subject After 4 years, this brilliant Tok Guru managed to pass and finish his Bachelor Of Arts and Master of Art in Islamic law. In 1962, Tok Guru Nik Aziz went to Malaya (now Malaysia). Tok Guru Nik Aziz can speak a few foreign languages such as Arabic, Tamil, Urdu and English.

In 1963, Tok Guru Nik Aziz married with Tuan Sabariah Tuan Ishak (at that time his wife was 14 years old). Now, both of them got 10 children (5 daughter and 5 sons). According to Tok Guru Nik Aziz, all his children took Islamic education as their main subject.

Career path

After coming back from Egypt, Tok Guru start his work as the full time religious teacher and become an Islamic preacher, to full fill his father ambition. In the middle of 1960, Tok Guru Nik Aziz was a part time teacher and teaches the adult class people for one year (Guru kelas dewasa KEMAS). He agreed to be the teacher because they (the class supervisor) allow him to gave his lectures without any term and condition (Tak payah ikut telunjuk atau arahan orang kemas, so dia setuju, jangan silap faham pula macam MB Kedah tu selalu do kata) .

Political Career

Tok Guru Nik Abdul Aziz seriously join the Parti Islam Semalaysia or PAS after resigned as the adult class teacher. In a few month after that, i.e. in 1967, he was offered as the candidate for by-election for Kelantan Hilir (now Pengkalan Chepa) parliamentary seat. He has won the by-election at Kelantan Hilir or Pengkalan Chepa parliamentary seat from the year 1967 and every time there was another election, he won the seat until 1986 when he was transferred to another parliamentary seat in Bachok, Kelantan.

Nik Aziz as the Central Ulamak Council Chief

Tok Guru Nik Aziz has been elected as the Central Ulamak Council Chief from 1968 until now. This position give him authority to advice all matters pertaining to Islamic faced by the party and the followers.

Nik Aziz as the Kelantan’s PAS Commisioner

As a good leader, Tok Guru Nik Aziz’s followers has request to the top party’s leaders to appoint him as the Kelantan state party commisioner. They (the followers) need a leaders that was well versed about Islam and they did not want any secular leaders anymore. At last, the top party’s leaders had agreed to appoint him as the Kelantan’s PAS commissioner, a strong position that give him certain power to manage and control the party’s activities particularly in Kelantan . Compare to the other state, Kelantan is the only state in Malaysia with the biggest PAS followers. In another words, the position as Kelantan’s PAS Commissioner is actually a big opportunity and not so many opposition party leader in Malaysia can hold that position.

At first, Tok Guru Nik Aziz did not want to accept that post. He felt that other PAS leader should hold that post, not him. As a humble leader, Tok Guru Nik Aziz keep on telling his follower that he was not the right person. But after so many pressures given to him, at last he accept it based on a hadeeth (Nabi Muhammad words) that give guidelines on how a selected leader should not reject a good position if he (the potential leader) has the ability to lead compare to others.

Tok Guru As Chief Minister of Kelantan Darulnaim.

Tok Guru Nik Aziz has been appointed as the 5th. Chief Minister of Kelantan Darulnaim on 22nd. October 1990 at 8.00 pm to replace former Menteri Besar from the ruling government i.e. Barisan Nasional. He got the biggest majority during the national election for Kelantan. As an emerging Islamic and transformational leader, Tok Guru Nik Aziz has cut off 40% of his salary to be given to the savings of Kelantan PAS (dia dah buat penjimatan sejak lama dulu dah..). He also did not accept any allowance provided for him during Hari Raya (the celebrating holiday in Islam).

Tok Guru also warned all the elected exco and state assembly members to reject any prize given to them by any people. He felt that the prize given can be considered as misconduct or bribery that could led to corruption.

Itu sajer, nak tau lebih lanjut, silalah melawat beliau di rumah beliau kat tepi masjid Pulau Melaka, Kota Bharu, tengok dan saksikanlah sendiri rumah beliau yang amat sederhana, cuma dibuat dari kayu biasa, tangga dari simen (tak ada marmar atau mozaik etc) iaitu rumah tipikal masyarakat Melayu di Kelantan......


AMALAN PADA AKHIR TAHUN DAN 1 MUHARRAM

7:09 AM / Posted by kerul / comments (0)

Amalan Pada Akhir Tahun dan 1 Muharram.

Digalakkan pada hari terakhir bulan Zulhijjah dan pada 1 Muhharam dibacakan doa akhir (akhir Zulhijjah) dan awal tahun (awal Muharram).

Selepas sholat subuh pada 1 Muharram digalakkan kita membaca Ayatul Kursi sebanyak 360 kali dengan membaca Isim Bismillahirrahmaa nirrahim pada setiap kali bacaan. Insya Allah barangsiapa yang mengamalkannya, akan diberikan keselamatan dan pemeliharaan dari sebarang musibah dan kesempitan rezeki. Sesudah selesai hendaklah dibacakan doa berikut sebanyak 3 kali.

Berkata para ulama' salaf, empat belas (14 ) malam yang afdhal dihidupkan:

  1. Malam Awal Muharram
  2. Malam 10 Muharram
  3. Malam Awal Rejab
  4. Malam 15 Rejab
  5. Malam 27 Rejab
  6. Malam 15 Sya'ban
  7. Malam Arafah
  8. Malam 1 Syawal
  9. Malam 10 Zulhijjah
  10. Malam-malam ganjil pada 10 hari akhir Ramadhan (21, 23, 25, 27, 29)

Amalan-amalan yang disunatkan pada malam tersebut:

a) Qiamullail b) Membaca Al-Quran c) Zikir

Bersabda Rasulullah s.a.w.:

"Sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Muharram maka baginya menyamai 30 hari berpuasa."

"Sesiapa yang berpuasa pada 10 Muharram maka ALLAH anugerahkan pahala 10 ribu ibadah para Malaikat, dan dikurniakan pahala 10 ribu syuhada' (mati syahid), dan dikurniakan pahala 10 ribu pahala Haji dan Umrah"

"Sesiapa yang melapangkan kesempitan keluarganya pada 10 Muharram maka ALLAH melapangkan kesempitannya sepanjang tahun tersebut."

"Seafdhal-afdhal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan Muharram dan seafdhal-afdhal solat selepas solat fardhu ialah solat pada 1/3 malam 10 Muharram"