SELAMAT DATANG KE CEKCIBOBOMBA.BLOGSPOT.COM

AHLAN WASAHLAN 1430H

7:32 AM / Posted by kerul /

Bismillahirrahmanirrahim, Setahun sudah berlalu, rasanye 1429H baru sahaja menegur diriku ini. Namun , aku mengalu-alukan 1430H ini dengan penuh syukur kerana Allah memberikan aku peluang untuk memperkuat hijrahku dalam tahun yang mulia ini. Sebak rasanye bila mengenangkan memori-memori di tahun 1429H, tapi, lagi sedih apabila mengenangkan dosa-dosaku yang telah aku lakukan antara sedar atau tidak. Pada 1430H ini juga aku ingin menanam azam yang lebih kuat untuk kebaikan diriku , keluarga dan umat. Rasulullah S.A.W sanggup berhijrah bersama para sahabat ke Madinah atas perintah Allah untuk kebaikan ummat. Hijrah baginda S.A.W menjadikan Islam semakin kuat dan semakin lengkap. Para sahabat semakin erat antara Muhajirin dan Ansar sehinggakan tercetusnya kemenangan ke atas Kafir Quraisy dalam peperangan BADAR dengan izin Allah walaupun Islam hanya 330 orang sahabat.

Inilah hijrah yang benar, hijrah melawan nafsu serta ke arah kebaikan umat. Jadi, aku menyeru kepada diriku dan semua rakan-rakan untuk memperkuatkan lagi azam kita yang belum terlaksana.

Semoga dirimu dan diriku diberkati Allah di tahun Hijrah ini.

Sabda Rasulullah yang bermaksud :
"Tiada lagi hijrah sesudah pembukaan kota Makkah, tetapi yang tetap ada ialah jihad dan niat untuk berhijrah (apabila keadaan memaksa) dan apabila dipanggil untuk berjihad (atau sebagainya) hendaklah kamu bersiap sedia."
(Hadis Riwayat Bukhari)

Labels:

0 comments:

Post a Comment