SELAMAT DATANG KE CEKCIBOBOMBA.BLOGSPOT.COM

BI wajib SPM: Sediakah kerajaan?

8:44 PM / Posted by kerul / comments (1)

TAN Sri Muhyiddin Yassin mengajak rakyat berbincang sama ada Bahasa Inggeris (BI) wajib lulus sebagai syarat lulus SPM. Ini kali pertama kita dengar kerajaan secara tulus bertanya kepada rakyat sebelum membentuk satu dasar perdana yang melibatkan rakyat.

Petanda baik bagi kita apabila kerajaan mula memikirkan apakah langkah yang setara dengan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) itu jika dimansuhkan, ia menjamin penguasaan BI generasi masa hadapan.

Kepentingan BI tidaklah sama timbangannya dengan Bahasa Malaysia (BM). BM adalah struktur tunjang pembinaan sebuah negara bangsa yang berdaulat. Malah bangsa Melayu itu sendiri akan hilang punca jika salah satu ciri-ciri Melayu iaitu bahasa Melayu, agama Islam dan amalan budaya Melayu itu hilang. Jika salah satu komponen itu hilang kita akan kata seseorang itu 'Melayu ragu.'

Dalam hasrat meletakkan BI sebagai wajib lulus untuk lulus SPM, adakah kerajaan benar-benar bersedia untuk pelaksanaannya? Bersedia dalam konteks perancangan strategik yang melibatkan sumber kewangan, tenaga pengajar, kemudahan peralatan, modul yang berkesan serta menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran.

Kedua, adakah rakyat terbanyak khususnya di luar bandar bersedia menerima cabaran ini?

Jawapannya mungkin 'ya' mungkin 'tidak'. Jika begitu keadaannya, kerajaan dan rakyat berada dalam keadaan was-was.

Sesuatu dasar yang diputuskan dalam keadaan ragu-ragu dan bercelaru akan timbul masalah besar kemudian hari.

Dalam merancang dasar strategik, kita hendaklah mengelakkan diri daripada memasang perangkap kepada anak bangsa. Kita wajar mampu melihat jauh ke hadapan akan halangan-halangan yang memerangkap anak bangsa kita.

Kita amat sedar dengan kemampuan kerajaan yang terbatas, apa akan jadi kepada sebilangan besar pelajar yang gagal SPM nanti kerana gagal menguasai bahasa penjajah itu?

BI menjadi penghalang besar anak bangsa kita tidak layak masuk institusi pengajian tinggi (IPT). Tidakkah kita menepuk kepala suatu hari nanti apabila IPT dipenuhi oleh orang lain sedangkan bangsa kita terkial-kial - terperangkap dalam jebak BI yang kita cipta sendiri?

Pada waktu itu kita sibuk mencari formula baru sedangkan satu atau dua generasi menjadi mangsa.

Satu Malaysia sedar BI adalah subjek maha penting untuk dipadankan dengan landskap dunia hari ini. Agenda bangsa tidak sehala dan dapat diselesaikan dengan satu jalan.

Dengan itu dicadangkan BI adalah mata pelajaran wajib untuk SRP dan SPM. Bagaimanapun ia bukan syarat wajib lulus bagi SPM.

Kedua, BI wajar diterapkan ke dalam jadual waktu pelajar setiap hari bersekolah dengan pelbagai kaedah seperti public speaking, presentation, report writting, debate dan lain-lain di samping modul teras BI.

Kelengkapan alat bantuan mengajar dipertingkatkan. Makmal Bahasa diperkembangkan ke sekolah-sekolah seluruh negara dan dilengkapkan dengan alat pandang dengar (audio visual) dan teknologi terbaru.

Ketiga, kerajaan menyediakan peruntukan masa tidak kurang empat hingga enam jam sebulan kelas tambahan BI di Makmal Bahasa kepada semua pelajar. Sediakan tenaga pengajar khas dan terlatih di Makmal Bahasa.

Jika persediaan sudah sampai ke peringkat ini dan tiada sebuah sekolah yang tertinggal maka kerajaan bolehlah menimbangkan syarat wajib lulus BI bagi SPM.

Tidak ada sebab rakyat menolak sebarang dasar jika rakyat mampu dan tidak menjadi beban fikiran dan halangan untuk kejayaan. Sama-samalah kita merenung ke dalam diri, apakah kekuatan dan kelemahan kita dalam menghadapi cabaran mendatang.

Semoga jerat yang kita pasang tidak menjerat kaki kita sendiri. Tidak perlu mengejar bayang.

Labels:

Tips membeli belah

8:38 PM / Posted by kerul / comments (0)

Ramai orang yang suka membeli belah, tak kira ada duit atau pun tidak! Kalau duit tak ada mereka belasah je gunakan Kad Kredit. Apa yang penting bagi mereka dapat membeli ketika ’sale’!

Malangnya tabiat membeli belah sedemikian telah mengakibakan ramai yang terjerumus ke lembah masalah kewangan yang serius!

Jadi kali ini saya akan berikan kepada anda semua beberapa tip untuk anda membeli belah!

Pastikan ianya dipatuhi dan dilaksanakan sepenuhnya jika anda ingin menjadi pengguna yang bijak!

  • Rancang dan bataskan perbelanjaan. Sediakan senarai barang yang hendak dibeli. Pastikan anda mematuhi senarai tersebut.
  • Amalkan penggunaan wang tunai untuk mengehadkan perbelanjaan.
  • Jangan mudah percaya semua yang didengar atau dilihat
  • Beli hanya ketika perlu.
  • Pastikan mutu dan kegunaan barangan yang dibeli tidak terjejas atapun hampir terjejas.
  • Bandingkan harga dan kualiti dengan kedai-kedai yang lain sebelum membuat pembelian.
  • Ketahui dan kagumi hak-hak anda sebagai pengguna.
  • Bawa bakul yang kecil, bukan troli. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kecenderungan dan keinginan anda untuk berbelanja lebih.
  • Berbelanja apabila anda kenyang. Amalan ini dapat mengelakkan anda daripada tergesa-gesa dan membuat pilihan dengan lebih tenang.
  • Semak harga yang dikemukakan dengan harga yang tercatat pada resit dan jumlah barangan yang dibeli.
  • Buat tuntutan jika terdapat perbezaan sama ada dari segi harga, kualiti, keselamatan dan kesahihan barang yang dibeli.
  • Berjalan atau gunakan pengangkutan awam. Ia dapat menghadkan hasrat dan kemampuan anda untuk membeli barangan yang tidak perlu.

Jadi jika anda sudah mendapatkan tip ini, apa kata anda cuba amalkannya!

Labels:

Melupakan Memang Susah Tapi Boleh Menyenangkan

8:37 PM / Posted by kerul / comments (0)

Melupakan sesuatu yang membuat Anda sakit hati, geram, marah atau terpukul memang susah. Ia bagaikan mustahil. Namun, Anda memang boleh melakukannya jika Anda sanggup buat 2 langkah yang dicadangkan selepas ini.

Anda susah pasti melalui situasi di mana.. ada orang sakitkan hati Anda, mentertawakan Anda, memarahi Anda, memperli Anda, merendah-rendahkan kebolehan Anda dan memandang sebelah mata pada kata-kata Anda, seolah-olah apa yang Anda katakan itu remeh serta kurang penting. Siapa yang tak sakit hati bila dah camtu?

Pasti sesiapa saja akan sakit hati serta merta. Kemudian, susah nak lupa. Untuk menyenangkan Anda melupakannya, mula bertindak dengan mengambil langkah pertama. Apa dia? Maafkan saja. Jadi seorang pemaaf, cepat memaafkan, senang memberi kemaafan dan mudan menerima maaf.

Maafkan orang yang sakitkan hati Anda tu serta merta, maafkan kesalahannya sebelum Anda tidur, selepas Anda sembahyang atau andai kata jika Anda teringatkan dia. Sikap memaafkan Anda membuat Anda jadi orang cemerlang. Sikap mendendam Anda akan membuat Anda jadi orang yang tak pernah surut dari dilanda masalah, terutama masalah kewangan.

Ubah diri, bina peribadi baru jika Anda mahu keluar dari masalah. Ok, langkah kedua. Langkah kedua ni ramai orang sangkut.

Mereka mengaku pada saya, memang susah nak buat. Apa dia langkah kedua? Melupakan. Tadi kita memaafkan, sekarang kita melupakan. Just LET GO.

Biarkah ia berlalu, usah disesali, usah dingati walaupun sekali. Jangan ingat, jangan fikir, jangan cakap dan jangan bangkitkan. Jangan pandang belakang!

Yang dah berlalu, biarkan berlalu supaya tak ada apa-apa menghalang Anda maju. Cuba lihat realiti kehidupan seseorang. Jika Anda lihat dia susah nak maju, susah nak cemerlang, susah nak berjaya atau susah nak mendapat hasil dalam apa yang diusahakan olehnya, kaji sikap dia.

Perhatikan. Dia biasanya seorang yang susah nak memaafkan dan susah nak melupakan, tetapi amat suka membuat orang sakit hati dan amat suka mengungkit hal lepas-lepas, walaupun dah lama berlalu. Dia seorang pendendam dan kurang senang bila dia tahu ada orang lebih berjaya darinya, lebih senang hidupnya dari dia.

Jika Anda tak nak jadi macam dia, tak nak hidup Anda kurang cemerlang seperti dia, ubah sikap Anda. Latih diri untuk selalu memaafkan, selalu melupakan sepanjang masa, selagi Anda masih bernafas. Tadi Anda dah pelajari cemana caranya, sekarang masanya untuk Anda buat, praktikkan.

Jika Anda buat 2 langkah tu dengan berterusan tanpa diubah-ubah atau ditangguh-tangguh, Anda akan merasai kesannya. Hidup Anda makin tenang, Anda rasa bahagia dan Anda rasa gembira, seronok, bebas tekanan. Melupakan memang boleh menyenangkan Anda, membahagiakan Anda, cuma kena rajin berlatih melakukannya!

Labels:

Kikis sifat Riak

8:24 PM / Posted by kerul / comments (0)

Setiap kali selesai sembahyang, berdoalah pada Allah supaya dijauhkan dari sikap riak. Anda dan saya kena terima hakikat, kita tak boleh mengelak dari bersikap riak sebab ia adalah ego diri kita.

Ego wujud sejak kita kecil, mahukan kita supaya dihormati dan disanjungi. Kerana itu, kita akan terdorong untuk menunjuk-nunjuk, bertemberang dan merendah-rendahkan orang supaya kita nampak hebat. Kita riak supaya orang hormat kita, respek kita.

Sikap riak tak boleh dibuang tapi hanya boleh dikawal. Apa saja Sikap berkait dengan emosi dan semua emosi berkait dengan hati. Oleh kerana itu, kita kena bijak mengawal hati.

Bersihkan hati selalu dengan rasa bersyukur dan menten hati selalu dengan rasa cinta. Mungkin, kita ada tanda-tanda kekotoran hati tanpa kita sedari. Orang-orang berjaya mengawal sikap riak dengan membantu orang lain rela hati tanpa mengharap apa-apa balasan.

Mereka terus menerus memberi tanpa pernah meminta balasan kerana mereka tak mahu sikap riak terus menguasai diri mereka. Tiada apa yang perlu ditemberangkan, Tiada apa yang perlu dibangga-banggakan melampau-lampau sedangkan itu datang dari orang sekeliling.

Orang-orang berjaya mencapai tahap kejayaan kerana orang sekeliling. Cemana tu? Orang sekelilinglah yang menjadi pelanggan mereka, pembeli, pendengar, penonton, pembaca, pengguna dan penyokong mereka. Bill Gates jadi orang berjaya sebab orang sekeliling dan berbillion orang beli software yang dia cipta.

Maka sebab itu, Bill Gates giat menjalankan kerja-kerja kebajikan kerana dia mahu berbakti semula pada orang sekeliling yang menjadikan dia orang berjaya. Seorang pemimpin jadi pemimpin berjaya kerana orang sekeliling menyokong perjuangannya.

Kurang wajar jika seorang pemimpin bersikap riak kerana orang sekeliling boleh meruntuhkan kejayaannya dalam sekelip mata. Seorang artis tak patut bersikap riak kerana setiap seorang dari ribuan peminatnya boleh menjatuhkan dia dalam sekelip mata juga, dalam situasi yang tak disangka-sangka.

Untuk kita berjaya, kita kena kawal sikap riak. Banyakkan memberi dengan ikhlas, biar ikhlas yang lahir dari hati bukan ikhlas yang dilakonkan, barulah riak tidak diserap menjadi sikap diri kita.

Labels:

Lebihkan Usaha Dari Memikir

8:23 PM / Posted by kerul / comments (0)

Nak mencapai matlamat kita, impian kita, lebihkan usaha dari memikir. Strategi dan perancangan memang perlu, tapi usaha dua kali ganda amat perlu, apatah lagi usaha Anda melibatkan kerjaya, kewangan dan kekeluargaan. Orang-orang berjaya melebihkan usaha dari duduk bersembang, berfikir dan mengkritik hal-hal dunia.

Mereka diamkan mulut, rajinkan tangan mengerjakan apa yang patut dikerjakan. Jika Anda nak jadi orang berjaya, Anda kena melatih diri sendiri untuk lebih banyak bekerja, berusaha dan kurangkan bercakap, berbahas dan bersembang kosong. Semua tu boleh, tapi kurangkan.

Seminit membuat kerja, lebih berguna dari 11 minit bersembang kosong soal dunia yang kita tak leh kontrol, misalnya ekonomi, penyakit dan inflasi. Jangan hampirkan diri dengan orang yang hanya tahu bercakap, tapi mengelak berusaha. Jauhkan diri dari orang yang bijak memikir, tapi kurang kurang bijak dalam bertindak.

Fikiran hanya menimbulkan idea, tapi realiti terbina bila idea itu diusahakan, dijelmakan ke dunia sebenar. Contoh? Menara berkembar Petronas, Litar F1 Sepang dan kereta Proton hanya idea seorang lelaki bernama Tun Dr Mahathir, tapi ia berjaya dijelmakan ke dunia realiti, dunia sebenar kita hanya kerana dia lebihkan usaha dari memikir.

Tak kira siapa Anda, suri rumah, student, pekerja, pekebun atau usahawan, lebihkan usaha dari memikir. Memikir hanya diperingkat permulaan, tapi usaha Anda membuat Anda sampai ke akhir garisan. Mungkin, Anda sampai lebih dulu dari orang lain disekeliling Anda!

Labels: