Ramai orang yang suka membeli belah, tak kira ada duit atau pun tidak! Kalau duit tak ada mereka belasah je gunakan Kad Kredit. Apa yang penting bagi mereka dapat membeli ketika ’sale’!
Malangnya tabiat membeli belah sedemikian telah mengakibakan ramai yang terjerumus ke lembah masalah kewangan yang serius!
Jadi kali ini saya akan berikan kepada anda semua beberapa tip untuk anda membeli belah!
Pastikan ianya dipatuhi dan dilaksanakan sepenuhnya jika anda ingin menjadi pengguna yang bijak!
- Rancang dan bataskan perbelanjaan. Sediakan senarai barang yang hendak dibeli. Pastikan anda mematuhi senarai tersebut.
- Amalkan penggunaan wang tunai untuk mengehadkan perbelanjaan.
- Jangan mudah percaya semua yang didengar atau dilihat
- Beli hanya ketika perlu.
- Pastikan mutu dan kegunaan barangan yang dibeli tidak terjejas atapun hampir terjejas.
- Bandingkan harga dan kualiti dengan kedai-kedai yang lain sebelum membuat pembelian.
- Ketahui dan kagumi hak-hak anda sebagai pengguna.
- Bawa bakul yang kecil, bukan troli. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kecenderungan dan keinginan anda untuk berbelanja lebih.
- Berbelanja apabila anda kenyang. Amalan ini dapat mengelakkan anda daripada tergesa-gesa dan membuat pilihan dengan lebih tenang.
- Semak harga yang dikemukakan dengan harga yang tercatat pada resit dan jumlah barangan yang dibeli.
- Buat tuntutan jika terdapat perbezaan sama ada dari segi harga, kualiti, keselamatan dan kesahihan barang yang dibeli.
- Berjalan atau gunakan pengangkutan awam. Ia dapat menghadkan hasrat dan kemampuan anda untuk membeli barangan yang tidak perlu.
Jadi jika anda sudah mendapatkan tip ini, apa kata anda cuba amalkannya!
Labels: laman nurani
0 comments:
Post a Comment