SELAMAT DATANG KE CEKCIBOBOMBA.BLOGSPOT.COM

Kikis sifat Riak

8:24 PM / Posted by kerul /

Setiap kali selesai sembahyang, berdoalah pada Allah supaya dijauhkan dari sikap riak. Anda dan saya kena terima hakikat, kita tak boleh mengelak dari bersikap riak sebab ia adalah ego diri kita.

Ego wujud sejak kita kecil, mahukan kita supaya dihormati dan disanjungi. Kerana itu, kita akan terdorong untuk menunjuk-nunjuk, bertemberang dan merendah-rendahkan orang supaya kita nampak hebat. Kita riak supaya orang hormat kita, respek kita.

Sikap riak tak boleh dibuang tapi hanya boleh dikawal. Apa saja Sikap berkait dengan emosi dan semua emosi berkait dengan hati. Oleh kerana itu, kita kena bijak mengawal hati.

Bersihkan hati selalu dengan rasa bersyukur dan menten hati selalu dengan rasa cinta. Mungkin, kita ada tanda-tanda kekotoran hati tanpa kita sedari. Orang-orang berjaya mengawal sikap riak dengan membantu orang lain rela hati tanpa mengharap apa-apa balasan.

Mereka terus menerus memberi tanpa pernah meminta balasan kerana mereka tak mahu sikap riak terus menguasai diri mereka. Tiada apa yang perlu ditemberangkan, Tiada apa yang perlu dibangga-banggakan melampau-lampau sedangkan itu datang dari orang sekeliling.

Orang-orang berjaya mencapai tahap kejayaan kerana orang sekeliling. Cemana tu? Orang sekelilinglah yang menjadi pelanggan mereka, pembeli, pendengar, penonton, pembaca, pengguna dan penyokong mereka. Bill Gates jadi orang berjaya sebab orang sekeliling dan berbillion orang beli software yang dia cipta.

Maka sebab itu, Bill Gates giat menjalankan kerja-kerja kebajikan kerana dia mahu berbakti semula pada orang sekeliling yang menjadikan dia orang berjaya. Seorang pemimpin jadi pemimpin berjaya kerana orang sekeliling menyokong perjuangannya.

Kurang wajar jika seorang pemimpin bersikap riak kerana orang sekeliling boleh meruntuhkan kejayaannya dalam sekelip mata. Seorang artis tak patut bersikap riak kerana setiap seorang dari ribuan peminatnya boleh menjatuhkan dia dalam sekelip mata juga, dalam situasi yang tak disangka-sangka.

Untuk kita berjaya, kita kena kawal sikap riak. Banyakkan memberi dengan ikhlas, biar ikhlas yang lahir dari hati bukan ikhlas yang dilakonkan, barulah riak tidak diserap menjadi sikap diri kita.

Labels:

0 comments:

Post a Comment