SELAMAT DATANG KE CEKCIBOBOMBA.BLOGSPOT.COM

Duhai pujangga cinta....

8:22 PM / Posted by kerul /


Cinta pada dunia, dunia akan pergi
Cinta pada manusia, manusia akan mati
Cintalah pada ALlah kerana Dialah yang kekal abadi..

Hari ini kita begitu asyik dengan cinta..cinta pada harta, cinta pada dunia dan cinta pada kekasih..sehinggakan laila majnun, romeo dan Juliet menjadi idola. Kita juga mengaku cinta kepada yang Esa yang pada hakikinya tidak pernah terlintas di sanubari..buang emak buang saudara kerana kasih diturutkan. Tapi kita kurang rasa cinta pada Yang Esa. Kita mengaku mencintai Allah tapi tidak pernah melaksanakan tanggungjawab kepadaNya. Acap kali kita melafazkan cinta sehingga lalai untuk membuktikan cinta kita pada Yang Esa. Sekadar sembahyang lima waktu yang kadang kala kita abaikan.adakah itu bukti cinta kita kepada Allah?sekadar berpuasa lapar dan dahaga sahaja, ataupun sekadar mengeluarkan zakat atas desakan, itukah yang dipanggil cinta abadi kepadaNya? Amalan kita hanyalah ala kadar saja..sedarlah amalan yang kita bangga-banggakan selama ini sebenarnya masih jauh lagi untuk membuktikan cinta pada Allah. Cinta sebenarnya ialah cinta yang dipenuhi keikhlasan begitu juga dengan amalan kita kepadaNya……

Labels:

1 comments:

Comment by amalhaj on May 2, 2009 at 9:38 PM

cinta itu tidak boleh lari dari diri seseorang insan yang mempunyai hati dan nafsu dan selagi ia dinamakan manusia cinta akan tetap berada dalam diri cuma mereka mesti tahu untuk meletakkan cinta itu ke arah mana dan kepada siapa?

Post a Comment