- apabila mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.
- bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkan zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tidak berfaedah.
- berusahalah untuk bertutur dalam bahasa arab kerana bahasa arab yang betul itu adlah satu-satunya syiar Islam.
- janganlah bertengkar dalama apa-apa jua perkara, sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
- janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
- janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkanbersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
- janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu rasmi yang sia-sia malah menyakitkan hati orang lain.
- jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apaa yang memberi kebajikan.
- berkenal-kenalanlah dengan setiap muslimin yang ditemui kerana asas dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih sayang.
- kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.
SELAMAT DATANG KE CEKCIBOBOMBA.BLOGSPOT.COM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment