Ibadah yang diamanahkan bagi setiap hambaNYA tidaklah bertujuan untuk menyusahkan dan membebankan. Malah ibadah yang diperintahkan menguntungkan kita sebagai hambanya dalam menghadapi kehidupan di dunia ini. Sebahagian hikmah tersebut dapat kita ketahui tetapi sebahagian yang lain berada dalam pengetahuan ALLAH SWT yang MAHA MENGETAHUI.
Di dalam surah Al-Maidah ayat 6 ALLAH menerangkan , “ALLAH tidak berkehendak untuk menyulitkan kamu, sebaliknya dia berkehendak untuk membersihkan kamu serta menyempurnakan nikmatnya ke atas kamu, agar kamu bersrukur,”
Nabi Muhammad SAW bersabda , “ sesungguhnya kamu di utus untuk memudahkan (agama ) dan kamu tidak diutus untuk menyusahkan “ hadis riwayat Bukhari, Abu Daud , Tirmizi , dan Ahmad.
Peka terhadap masa
Solat fardu yang kita lakukan 5 kali sehari semalam sebenarnya mendidik umat Islam supaya peka terhadap masa sekaligus mendidik umat islam agar menjadi pengurus masa yang baik. Solat fardu juga dikenali sebagai solat waktu kerana terikat dengan waktu-waktu tertentu. Di zaman pemerintahan Rasulullah di kota Madinah, sebaik mendengar laungan azan oleh Bilal , umat Islam yang pada ketika itu sedang sibuk berurus niaga sanggup meninggalkan perniagaan mereka semata-mata ingin melaksanakan amanah dan tanggungjawab beribadah kepadaNYA. Betapa didikan terus daripada Rasulullah menjadikan mereka umat yang tidak cintakan dunia. Pasar tempat berdagang menjadi sunyi sepi daripada urusan tawar-menawar. Pemilik-pemiliknya tidak berasa takut dan gentar meninggalkan barang-barang mereka kerana di hati mereka penuh rasa kecintaan terhadap ALLAH dan perlunya melaksanakan ibadah tepat pada masanya. Seusai melaksanakan ibadah, urus niaga kembali seperti biasa.
“ wahai orang-orang yang beriman. Apabila diseru untuk melaksanakan salat pada hari jumaat , maka segeralah kamu mengingat ALLAH dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. Apabila solat telah dilaksanakan , maka bertebaranlah kamu di muka bumi , carilah kurnia ALLAH dan ingatlah ALLAH banyak-banyal agar kamu beruntung,” al-jumuah:9-10
Peka terhadap ilmu
Ibdah juga mendidik umat islam agar peka terhadap ilmu. Di dalam solat jemaah sebagai contohnya, mereka yang berilmu diutamakan menjadi imam. Rasulullah SAW bersabda, “ hendaklah yang mengimami sesuatu kaum itu mereka yang lebih mengetahui tentang Quran. Sekiranya kemampuan mereka sama di sudut ini, pilihlah daripada kalangan yang mengetahui sunnah. “ hadis riwayat Muslim dan Ahmad.
Mencegah perbuatan keji dan mungkar
“sesungguhnya solat dapat mencegar daripada perbuatan keji dan mungkar”. Firman ALLAH ini sudah pasti ramai yang telah mengetahuinya. Solat yang khusyuk kepada ALLAH menimbulkan rasa keimanan dan mendekatkan diri kita kepada ALLAH seterusnya melahirkan bibit-bibit kecintaan pada Rabb. Apabila diri terasa ingin melakukan dosa dan kemungkaran, ingatan yang tulus terhadap balasanNYA pasti akan menghalang. Seorang pencuri tidak akan mencuri dalam keadaan dirinya beriman, seorang perompak juga tidak akan merompak jika dirinya dalam keadaan beriman dan jika seorang itu beriman dirinya pasti tidak akan merogol insan-insan yang tidak berdosa.
Ibadah membersihkan jiwa
Ibadah seperti yang kita ketahui tidak tertumpu terhadap ibadah solat semata-semata. Ibadah zakat yang dilakukan dapat membantu membersihkan jiwa dan mengikis daripada sifat tamak haloba.
Sabda Nabi Muhammad junjungan kita yang mulia “ beritahulah kepada mereka bahawa ALLAH mewajibkan ke atas mereka zakat diambil daripada golongan kaya untuk diberikan kepada golongan yang miskin .” hadis riwayat Bukhari dan Muslim .
Bayangkan sahaja , apabila hidup dipenuhi dengan kemewahan harta benda tetapi tidak diberikan kepada yang berhak, sudah pastinya hidup diselubungi rasa kecintaan terhadap harta benda yang tidak kekal ini. Takut akan kehilangan harta dan hidup serba serbi kekurangan.
Kesan terhadap kesihatan
Ibadah juga diketahui dapat meningkatkan kesihatan diri. Kajian yang dibuat berhubung kesan mendengar Al-Quran ke atas fisiologi manusia oleh Dr. Ahmed El-Kadi dari klinik Akbar di Panama mendapati bahawa mereka yang mendengar Al-Quran , termasuk daripada kalangan bukan Islam dan bukan Arab , mengalami perubahan fisiologi yang positif di dalam diri mereka. Antara aspek fisiologi yang diambil kira dalam kajian ini adalah kadar denyutan jantung, tekanan darah serta tekanan ke atas saraf dan otot. Hal ini diterangkan dalam Islamic Perspectives in Medicine (American Trust Publication , Indianapolis , 1999) oleh Shahid Athar (MD). Mendengar bacaan Al-Quran sahaja sudah meninggalkan kesan-kesan positif terhadap diri, inikan pula jikalau kita a. Sudah pastinya menimbulkan ketenanga di jiwa insan-insan yang membacanya.
Sesungguhnya dapatlah kita simpulkan bahawa ibadah yang kita lakukan sebenarnya memberikan manfaat buat diri kita dan bukannya bertujuan menyusahkan kehidupan kita di dunia ini. Allah berfirman di dalam Al-Quran “ aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaku”. Justeru saya menyeru kepada diri dan juga sahabat-sahabat agar kita semua meningkatkan kesempurnaan ibadah kita kepadaNYA. Bukannya kuantiti yang kita kejari tetapi apa yang penting kualiti sesuatu ibadah yang kita lakukan..
Salam tarbiyah dan selamat maju jaya...
0 comments:
Post a Comment