SELAMAT DATANG KE CEKCIBOBOMBA.BLOGSPOT.COM

Ratu Cantik PLASTIK

7:18 PM / Posted by kerul /

(Gambar 1) Miss Universe 2008 dari Venezuela, Dayana Mendoza mengesat air matanya selepas dinobatkan dengan gelaran itu, awal tahun ini. (Gambar 2) Mariangel Ruiz tersenyum selepas dipilih Ratu Venezuela 2002. (Gambar 3) Alicia Machado, 19, yang dinobatkan sebagai Miss Universe 1996

RAMAi TERTAWAN !!!
Bila melihat kejelitaan deretan wanita jelita bergelar RATU CANTIK DUNIA sama ada sebagai Miss Universe dan Miss World.

RAMAi NAK LAWAT VENEZUELA!!!

  • Bila tahu Ratu Universe 2008, iaitu Dayana Mendoza anak jati Negara itu dinobatkan dengan gelaran Ratu Universe 2008 awal tahun ini.
  • Bila tahu negara tersebut merupakan pengeluar utama global deretan ratu cantik dunia. Dengan menyaksikan 15 wanitanya bergelar ratu cantik dunia.

RAMAi TERTiPU !!!

  • Kerana kebanyakkan ratu cantik ini bukannya Asli!!! PLASTIK!!! PALSU!!! Wajah dan tubuh mereka telah menjalani pembedahan Kosmetik.
  • Seramai 300 gadis berpusu-pusu ke sebuah vila ‘QUINTA Miss Venezuela’ untuk meminta menjadi transformasi diri - daripada hodoh ke jelita, gempal ke kurus, kasar ke lemah lembut. Ringkasnya , gadis biasa menjadi ratu jelita.

PERBUATAN TIDAK BERETIKA !!!
  • Pengarah Miss Universe Jepun dengan sinisnya mengakui kehebatan Venezuela itu. “ Inilah satu-satunya Negara yang mampu menjadi kilang pengeluaran ratu cantik yang tidak mungkin dilakukan Negara lain,. Semua wanita yang menjadi peserta pertandingan sememangnya dibentuk supaya cantik selain menjalani latihan yang ketat,” katanya.
  • Pendapat disokong Pengarah Pusat Bioetika Universiti Pennsylvania, Amerika Syarikat, Arthur Caplan. “ Tiada pakar yang boleh merasa bangga dengan tindakan memberikan implan payu dara kepada gadis berusia 17 atau 18 tahun, atas alasan kecantikan, sebagai perbuatan beretika. Amat menyedihkan bagaimana pertandigan ratu cantik itu sudah bertukar kepada ratu cantik plastik,” katanya.

Ratu Cantik plastik vs Ratu Cantik pondan
  • Jadi apakah bezanya ratu cantik pondan dan ratu cantik plastik ini...? Apa yang pasti kedua-dua gelaran jijik ini menggunakan satu kaedah yang sama iaitu PEMBEDAHAN !!!
  • Pembedahan trans-gender, menjadi pilihan untuk mereka yang rakus merebut gelaran ratu cantik pondan. Pertukaran ala-ala transformer- dari bentuk lori ke robot, tapi yang ini dari LELAKI ke PONDAN.
  • Pembedahan Kosmetik pula, pertukaran dari hodoh ke jelita.

Ratu Cantik PENGIKTIRAFAN YANG JIJIK !!!
  • Pelik memikirkan sejauh mana seseorang itu sanggup bertindak demi seraut wajah cantik dan tubuh menawan.
  • Renung-renungkan:

Wanita ibarat bunga...

cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara...

Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya...

kerana akhlaq itu umpama bunga diri..

Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlaq buruk..

Tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu...

Ibarat bunga.. ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya...

Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan...

Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar.. tetapi bila dihalusi dengan mata hati,

ternyata amat tinggi nilainya....

Nilai sebenar wanita dalam Islam amat bertentangan dengan apa yang diperjuangkan oleh wanita Barat. Nilai wanita bukan terletak pada fesyen pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan.

Firman Allah

"Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikitpun." (An-Nisa' : 124)

Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang maksudnya :

"Perhiasan yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." HR Muslim

Labels:

0 comments:

Post a Comment