SELAMAT DATANG KE CEKCIBOBOMBA.BLOGSPOT.COM

Yahudi: Siapakah mereka sebenarnya?

8:29 PM / Posted by kerul /

Adakah kita mengetahui tentang sejarah kehidupan nenek moyang yahudi? Mengapa kita membenci yahudi? Memang tidak dapat dinafikan bahawa bangsa yahudi adalah satu bangsa yang Allah SWT kurniakan memiliki tahap keilmuan yang tinggi. Ini telah dibuktikan oleh Dr. Farrukh Saleem, seorang penulis bebas (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html) yang menceritakan siapakah yahudi, siapakah Islam. Namun adakah dengan kenyataan tersebut telah membuatkan umat Islam hilang semangat untuk berjuang semata-mata disebabkan oleh kekuatan yang dimiliki oleh musuh kita? Sebenarnya, Islam mengajar umatnya supaya mengenal siapakah musuh kita sebenarnya. Ini bertujuan untuk kita mengetahui apakah kelemahan dan kekuatan yang ada pada musuh kita dan menjelaskan kenapa kita memusuhi mereka. Di samping itu kita harus mengkaji sikap dan perilaku musuh kita tersebut supaya mengetahui rentak permusuhan mereka. Perkara ini dapat kita lihat melalui penelitian kita terhadap sejarah.

Dalam lipatan sejarah, telah membuktikan bahawa kaum yahudi merupakan kaum yang sentiasa ditindas dan ditekan. Pelbagai peristiwa yang berlaku sepanjang zaman yang menceritakan penjajahan ke atas yahudi. Kisah penjajahan ke atas mereka telah dimulakan oleh Raja Firaun Nikho dari Mesir. Selepas itu, untuk kali keduanya mereka telah dijajah lagi oleh Raja Nabukadnesar (Bukhti-Nashar) dari Babil. Semasa penjajahan tersebut, raja dan tenteranya telah membinasakan habis-habisan Jerussalem termasuk Baitul Maqdis yang didirikan oleh Nabi Sulaiman a.s. dan menawan majoriti rakyatnya.

Continue reading Yahudi: Siapakah mereka sebenarnya?…

Labels:

0 comments:

Post a Comment