SELAMAT DATANG KE CEKCIBOBOMBA.BLOGSPOT.COM

Asas-asas Mazhab Syafi’e

8:23 PM / Posted by kerul /


dharih imam syafie

Pertama: Mengikut Al-Qur’an dan As-Sunnah

Tidak syak lagi bahawasanya Imam As-Syafi’e terlalu kuat dalam berpegang dengan Al-Qur’an dan As-Sunnah.

Kedua: Mengikut Kebenaran dan Dalil

Ini merupakan antara ciri-ciri keistimewaan mazhab Imam As-Syafi’e di mana tiada apa yang dapat memisahkannya daripada berusaha untuk berpegang dengan kebenaran. Beliau tidak mengikut amalan mana-mana penduduk sesuatu tempat dan sebagainya. Didapati bahawasanya ada sebahagian imam yang menjadikan amalan sesuatu penduduk sesuatu tempat adalah sebagai hujah sepertimana yang dilakukan oleh Imam Malik r.a. yang menjadikan amalan penduduk Madinah sebagai hujah dan tidak mengambil riwayat-riwayat daripada penduduk negeri lain.

Imam Abu Hanifah r.a. pula mengambil riwayat daripada ahli Iraq sahaja, dan tidak akan bercanggah pendapat dengan mereka. Tetapi,keterbukaan Imam As-Syafi’e dengan mengambil ilmu dari pelbagai sumber, dari mana-mana ulama’ di serata dunia.

Ketiga: Mengambil Berat Tentang Perkataan Para Sahabat

Imam As-Syafi’e r.a. menganggap bahawasanya perkataan para sahabat r.a. yang bersepakat dalam sesuatu perkara sebagai hujah dalam mengambil hukum. Adapun jika para sahabat r.a. berselisih dalam sesuatu perkara, maka Imam As-Syafi’e mencari dalil-dalil untuk mentarjihkan (menguatkan) antara pendapat-pendapat para sahabat r.a. tersebut.

Imam As-Syafi’e berpendapat bahawasanya jika seorang sahabat r.a. memberi fatwa dalam sesuatu masalah dan fatwanya adalah satu-satunya perkataan yang wujud dalam masalah tersebut, tanpa ada nas-nas lain daripada Al-Qur’an dan As-Sunnah, maka perkataan sahabat tersebut lebih utama dijadikan hujah daripada qiyas.

Adapun jika perkataan sahabat r.a. tersebut dalam masalah-masalah yang diberi keluasan untuk berijtihad padanya (masalah ijtihadiyah), maka perkataan sahabat r.a. tidaklah dianggap lebih utama daripada para mujtahidin yang lain, menurut Imam As-Syafi’e r.a.. Read the rest of this entry »

Labels:

0 comments:

Post a Comment