SELAMAT DATANG KE CEKCIBOBOMBA.BLOGSPOT.COM

Fatwa Hati

7:43 AM / Posted by kerul /


`HATI AKAN TENANG DENGAN KEBAIKAN DAN AKAN GUSAR DENGAN DOSA’

Di dalam kitab Ihya Ulumuddin karangan imam Al Ghazali menceritakan tentang kemahuan hati.

ADA APA DENGAN HATI??

Hati punya kemahuan,punya keinginan dan punya kecenderungan.Kecenderungan hati MENCINTAI ALLAH,MENGENAL ALLAH DAN BERIBADAH KEPADA ALLAH.Semua bentuk kecenderungan ini adalah sebahagian sifat semulajadi manusia yang juga merupakan perintah Allah swt.

Bukankah Aku ini tuhan kamu?(roh menjawab)Ya,kami bersaksi bahawa Engkau adalah tuhan kami.(Al A’raf:172)

Anda bayangkan untuk satu tempoh tertentu anda tidak punya makanan,minuman..Apa akan terjadi??Dari segi saintifiknya,sudah tentu anda terdedah kepada beberapa jenis penyakit antaranya gastrik.Dari segi psikologinya,anda pasti mengalami tekanan dalam diri,susah nak buat kerja.Paling teruk jika bekalan tidak cuba diperolehi secepat mungkin,bayang kematian menunggu di hadapan!!

Sahabat-sahabat,

Begitulah keadaan hati.Bila kita memalingkan hati dari fitrah nya yang asal,sudah pasti hati akan sakit,nazak,bernanah dan berdarah.

Perumpaan hati ibarat cermin.Cermin yang jernih membolehkan kita melihat segala kekotoran yang ada dan mudah untuk kita membersihkannya.BAGAIMANA KALAU HATI PENUH KARAT??Rasulullah saw telah berikan tips kepada kita.

Sabda Rasulullah saw`Sesungguhnya hati itu berkarat seperti besi yang berkarat’.Sahabat bertanya,`Bagaimana untuk menghilangkannya?’Baginda menjawab,`MENGINGATI MATI DAN MEMBACA ALQURAN’

Namun tidak ada penafian,bahawa dalam hati manusia juga wujudnya bisikan-bisikan syaitan.Justeru,sekiranya kita menyedari kehadiran bisikan-bisikan yang menyuruh kita berbuat mungkar,cepat-cepatlah istighfar dan ingat Allah.

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan,mereka ingat kepada Allah,maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya (Al A’raf:201)

Dengarlah bisikan hatimu yang paling dalam sekali..sudah pasti kau mampu mengenal identiti tindakanmu,samaada sesuatu yang Allah REDHA, atau sesuatu yang Allah MURKA.

Labels:

0 comments:

Post a Comment