Ade 6 gaya cinta manusia kat bumi ni yg selalu kita tgk dan ade yg pernah mengalaminya dan sedang mengalaminya.. jom kite tengok sape yang kena... .!!!
1. CINTA ROMANTIK. Biasanya aspek fizikal diutamakan, cinta pandang pertamalah konon... !! Cinta jenis ini adalah percampuran emosi, keasyikan dan seksual yang kuat.
2. CINTA SUKA-SUKA. Digayakan oleh individu yang tak mahukan sebarang komitmen. Suka menggoda tapi tidak mahukan hubungan intim, kurang mesra dan tiada perancangan jangka panjang.
3. CINTA SAHABAT. Lebih menitik beratkan perkongsian aktiviti berbanding penglibatan emosi dalam perhubungan mereka. Mereka yang berada pada kategori cinta ini biasanya jarang merajuk dan berasa cemburu. Seandainya perpisahan terjadi, ia tidak menimbulkan kerisauan.
4. CINTA GILA. Mereka melampau dalam mencintai, sentiasa diobsesi oleh kekasih, cemburu buta dan suka mengongkong pasangan.
5. CINTA LOGIKA. Cirinya praktikal dan realistik. indivudi yang menggayakan cinta ini suka memikirkan keuntungan peribadi. Mereka inginkan keserasian latar belakang masing-masing dan perasaan cinta hanya akan timbul setelah membuat perhitungan bahawa pasangan itu benar-benar layak untuknya.
6. CINTA TERKORBAN. Mereka berhati mulia, mesra dan tidak mengharapkan balasan daripada orang yang dicintainya serta sedia memaafkan kesilapan pasangannya. Mereka lebih mementingkan kebahagiaan pasangannya berbanding diri sendiri, mereka sering ditindas dan dimanipulasikan oleh pasangannya.
SELAMAT DATANG KE CEKCIBOBOMBA.BLOGSPOT.COM
Begitulah gaya cinta manusia yang mendatangkan kebahagiaan atau kesengsaraan bagi sesiapa yang melakonkannya. Semuanya adalah pilihan masing-masing. Tapi di manakah cinta sejati yang menjanjikan kebahagiaan berpanjangan hingga ke akhir hayat kita?Selagi anda masih disebut sebagai insan yang jauh dari kesempurnaan, maka anda tidak akan pernah memiliki yang terbaik. Melainkan di syurga Allah di mana kekasih-kekasih yang diciptakan untuk ahli syurga adalah pilihan yang paling sempurna. Renung-renungkanlah... .
Labels:
laman nurani
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment