SELAMAT DATANG KE CEKCIBOBOMBA.BLOGSPOT.COM

SUAMI SOLEH

8:41 PM / Posted by kerul / comments (0)

Hak-Hak Isteri Dari Suaminya

  • Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan Rasulnya dan dapat pula membimbing isterinya.
  • Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin.
  • Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan, dorongan, didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawap rumahtangga dan juga terhadap Allah s.w.t
  • Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.
  • Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya.
  • Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuanya.
  • Suami yang penyabar dan tidak menggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.
  • Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka.
  • Suami yang sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.
  • Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak di dedahkan kepada orang lain.
  • Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.
  • Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seperti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya.
  • Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya.
  • Suami mestilah bijak memahami perasaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaan sedih.
  • Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.
  • Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain.
  • Suami yang dapat menyelidik secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.
  • Suami yang bijak dalam memimpin tumah tangganya dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.

Labels:

Senyumlah

8:27 PM / Posted by kerul / comments (0)


Pada masakini saya rasa semangat hormat menghormati orang muda dengan orang lama ni semakin terhakis. Golongan terutamanya Remaja sudah hilang rasa hormat kepada orang yang lebih berumur. Baik dari segi tutur bahasa juga kelakuan. Mungkin ada banyak penyebab berlakunya perkara sebegini. Mungkin disebabkan peredaran masa serta pembangunan yang pesat mempengaruhi pemikiran ke arah lebih moden. Mungkin mereka merasakan budaya hormat menghormati ni adalah budaya yang lapuk ditelan zaman. Mungkin juga hilangnya rasa hormat disebabkan oleh sikap buruk orang yang lebih berumur itu sendiri. Walau apa pun andaian yang kita berikan, itu tidak penting. Lebih baik kita membaiki diri kita sendiri terlebih dahulu. Itu lebih bermakna.

Labels:

Menanti Di Barzakh

6:04 PM / Posted by kerul / comments (0)

Menanti Di Barzakh
Album : Halawatul Iman
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com


Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Labels:

KURSUS INTENSIF 2009/2010

1:19 AM / Posted by kerul / comments (1)



















Yang ni pemandangan dari bilik aku... tinggi ooo... jenuh mengangkut barang

Jadual Waktu Berbuka puasa dan waktu imsak

8:26 PM / Posted by kerul / comments (0)

Kelebihan Tarawikh 10 Malam Terakhir

8:23 PM / Posted by kerul / comments (0)

Malam ke-20 - Allah mengurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang solih.


Malam ke-21 - Allah akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat daripada cahaya.


Malam ke-22 - Ia datang pada hari kiamat dalam keadaan aman daripada sebarang kekalutan pada hari tersebut.


Malam ke-23 - Allah membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.


Malam ke-24 - Allah membuka peluang untuk 24 doa yang makbul pada hari itu.


Malam ke-25 - Allah akan mengangkat siksa kubur atasnya.


Malam ke-26 - Allah akan mengurniakan pahala 40 tahun ibadat bagi mereka yang mengerjakan solat tarawih pada malam tersebut.


Malam ke-27 - Allah akan mengurniakan kepadanya kemudahan melintas titian sirat sepantas kilat.


Malam ke-28 - Allah akan menaikkannya 1000 darjat di akhirat.


Malam ke-29 - Allah akan mengurniakan kepadanya 1000 haji yang mabrur.


Malam ke-30 - Allah akan memberi penghormatan kepada orang bertarawikh pada malam terakhir dengan firman-Nya; 'Wahai hambaku, makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang bernama al-Kautsar.'

Berdoalah untuk kesejahteraan diri, anak-anak, isteri/suami, pemimpin kita, para pejuang dan umat Islam semuanya. Semoga kita semua mendapat manfaat daripadanya.

Labels:

Tingkatkan Ibadat

8:21 PM / Posted by kerul / comments (0)

Tingkat ibadat rebut keberkatan bulan yang mulia

ramadan-mukhlis

SETIAP Muslim perlu ikhlas dan bersungguh-sungguh melaksanakan ibadat sebelum ditakdirkan bertemu Allah bila-bila masa saja.

KEHADIRAN Ramadan begitu bermakna dalam kehidupan Muslim kerana ia menjanjikan pelbagai keistimewaan dan ganjaran berlipat ganda yang disediakan Allah kepada hamba-Nya yang bertakwa. Ramadan menuntut setiap Muslim merenung dan bermuhasabah persediaan serta amalan sebelum, ketika dan selepas Ramadan.

Muhasabah penting kerana Ramadan hanya setahun sekali, tambahan pula apakah kita yakin terus bernyawa pada Ramadan akan datang. Biarlah Ramadan kali ini kita melaksanakan yang terbaik sebelum ditakdirkan bertemu Allah pada bila-bila masa saja. Muslim yang bijaksana juga memanfaatkan keistimewaan yang terhimpun sepanjang Ramadan dengan berpuasa dan beribadat sunat.

Persediaan pertama yang wajib dilakukan ialah terhadap jasmani dan rohani kerana ibadat sepanjang Ramadan berkait dengan amalan zahir dan batin. Rasulullah membuat persediaan menyambut Ramadan dengan berpuasa sunat pada Rejab dan Syaaban.

Rejab adalah permulaan bulan yang mulia dan Mukmin bertakwa tidak melepaskan peluang memanfaatkan kelebihan bulan ini untuk melipatgandakan amalan termasuk puasa sunat sebagai persediaan menghadapi penghulu segala bulan, Ramadan. Rasulullah berdoa setiap datang Rejab bermaksud: “Ya Allah! Berkati kami pada Rejab dan Syaaban dan sampaikan kami ke bulan Ramadan.”

Begitulah amalan orang Mukmin bertakwa dan beristiqamah mempersiapkan diri sama ada fizikal dan rohani. Mereka membersihkan diri dan hati sebelum menyambut Ramadan yang agung agar ia bersedia menerima cahaya, rahmat dan kurnia Allah yang tidak terhingga pada bulan penuh rahmat.

Ahli hikmat berkata: “Sesungguhnya Rejab adalah bulan memohon ampun segala dosa dan Syaaban untuk memperbaiki hati daripada kecacatan dan Ramadan untuk memberi penerangan hati, sedang malam al-Qadar untuk mendekatkan diri kepada Allah.”

Muslim juga dituntut mengulang kaji persoalan mengenai puasa seperti rukun, syarat, sunat, makruh, adab, faedah, manfaat, rahsia dan hikmahnya. Kesempurnaan puasa dan penerimaannya di sisi Allah bergantung pada cara pelaksanaan ibadat berdasarkan sunah atau tidak. Mengetahui cara melakukan puasa dengan betul antara ciri ketakwaan yang ditegaskan Allah sebagai objektif utama pensyariatan ibadat puasa kepada umat Islam.

  • Muslim diwajibkan mengekang diri daripada kecenderungan negatif yang boleh mencacatkan kesempurnaan fadilat puasa kerana matlamat utama ibadah ini ialah menahan diri daripada nafsu duniawi kecil atau besar dan nikmat jasmani (makan, minum dan seks) atau penyakit rohani (mengumpat, dengki dan sombong).
  • Muslim harus memperbanyakkan amalan sunat seperti solat tarawih, witir, tahajud, tadarus al-Quran dan iktikaf. Allah menjanjikan pahala satu amalan wajib pada Ramadan menyamai 70 amalan wajib pada bulan lain dan satu amalan sunat pula menyamai satu amalan wajib pada bulan lain.

Tawaran istimewa Allah sediakan pada Ramadan wajar menjadi perangsang Muslim merebut ganjaran yang tiada pada bulan lain.

  • Ibadat puasa tidak patut menjadi penghalang melakukan kerja seharian ikhlas kerana Allah yang dianggap sebagai ibadat.
  • Ibadat diberikan Allah ganjaran berganda. Mengapa perlu disia-siakan detik berharga sepanjang Ramadan dengan tidur dan bermalas. Alangkah ruginya manusia yang tidak memanfaatkan kelebihan yang Allah janjikan sepanjang Ramadan.

Labels: